tajamkannuraniku said...
Salam perjuangan..posting kali ini sekali lagi berjaya menajamkan nurani saya..begitu cepat masa berlalu..rejab dan sebahagian syaaban telah pun meninggalkan kita..mg bulan yang sgt penting ini telah dapat kita menafaatkan sebaik mungkin..ada lagi beberapa hari untuk kita terus melatih diri meningkatkan hubungan kita dgn rabb..bertahajjud, mentaddaburkan Alquran, bersedekah, berjihad amal makruf nahi mungkar..dll..agar nanti bila berada di bulan ramadhan kita lebih ringan berganda untuk terus mengabdikan diri kepada Rabb..mg nanti kita lebih kuat, lebih bersedia lebih bertenaga untuk bertotal action di bulan2 mendatang..selamat sejahtera semuanya..Muga Al Matin kurniakan kita kemantapan dan kekuatan untuk terus berjuang hingga ke akhir hayat..
July 29, 2009 8:38 PM
InsyaAllah esok sudah masuk hari ke 7 dalam bulan Syaaban 1430H. Dan insyaAllah tiga minggu lagi Ramadhan akan kita nikmati bersama.Di dalam kita berusaha untuk membuat persediaan menyambut Ramadhan, pusat membeli belah dan akhbar-akhbar sudah memulakan promosi Aidil fitri. Di dalam kesulitan ekonomi, kita masih beriya-iya memikirkan apa yang belum kita miliki. Sedikit masa lagi masyarakat kita akan berlumba-lumba menyediakan keperluan fizikal, sedangkan limpahan rahmat Tuhan kita sedikit alpa. Rasululah s.a.w bersabda“Barangsiapa yang berada di waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya, nescaya Allah akan memudahkan urusannya.Allah akan memberi kekayaan dalam hatinyaDan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah.Barangsiapa yang berada di waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa dunia itu adalah tujuannya, nescaya Allah akan merumitkan urusannya.Allah akan memberi kemiskinan di hadapan matanya,Dan Allah tidak akan memberi nikmat dunia kepadanya, kecuali sedikit sahaja."Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Masa yang telah berlalu menjadikan kita semakin tua, semakin beruban, semakin botak dan kekuatan fizikal kita mula menurun. Masa yang telah berlalu memberi erti bahawa kita semakin hampir menuju ke alam akhirat. Maka sama-samalah kita memperbaiki diri dan menambahkan amalan kita.
posted by Dr Ridzwan Bakar at 10:40 PM on Jul 28, 2009


0 comments:
Post a Comment